PELANCARAN PUSAT LATIHAN SIMULASI DAN INKUBATOR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SERTA AGENSI PENGEMBARAAN & PELANCONGAN “UNIVERSITY TRAVEL CENTER (UiTC)”
Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM Kampus Puncak Alam telah menandatangi MOU dengan pihak Sri Sutra Travel pada 2013. Sehubungan dengan itu, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Pusat Latihan Simulasi dan Inkubator Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) serta agensi pelancongan yang dinamakan Universiti Travel Center (UniTC).