UNTUK SIARAN SEGERA MENINGKATKAN KEBERKESANAN DIET HARIAN ANDA DENGAN JUICE WORKS
Rakyat Malaysia sebelum ini tidak pernah mengalami kesibukan kehidupan seperti yang kami alami pada abad ke-21 ini! Dari saat jam penggera berbunyi kepada kesibukkan jalan raya dan komuter waktu bekerja, ia meningalkan kami masa yang terhad untuk menyediakan makanan sarapan yang berkhasiat kepada badan dan minda. Namun, adakah anda tahu bahawa nutrien yang terbaik adalah juga yang paling mudah didapati di dapur anda? Mangga emas berisi dan pisang yang duduk di atas kaunter dapur, epal lama yang masih baik dan lemon, atau beg beri yang tertinggal dalam peti sejuk – ia adalah penggalak imun semulajadi yang menunggu peluang untuk memberi nutrien berharga kepada kami semua termasuk orang yang sibuk.
"Jus segar adalah penawar yang berharga dalam hidup kami. Sama ada yang diambil secara langsung atau disebat didalam pemerah atau pengisar sebagai minuman yang lazat, buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamen, mineral dan fitonutrien (bahan kimia tumbuhan) yang diperlukan oleh badan kita setiap hari," jelas Ling Mooi Li, pengasas Juice Works, pembekal buah-buahan smoothie yang diperah segar dan jus sayur-sayuran terkemuka di Malaysia, "Ia adalah satu fakta yang telah terbukti bahawa jus segar dari buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi pelbagai nutrien yang sangat bermanfaat kepada kami. Jus boleh mengurangkan risiko penyakit; meningkatkan sistem imun kita yang sentiasa berjuang untuk mengatasi tekanan harian, membersihkan hati bekerja terlalu keras dan organ-organ dalaman, membantu penghadaman, membuang toksin yang merbahaya, dan ia juga boleh membantu mengurangkan berat badan kami."
Bagaimanakah kami boleh menggabungkan buah-buahan dan sayur-sayuran ke dalam diet harian kita?
Juice Works ingin berkongsi 16 cara yang menarik dan lazat mereke supaya kami boleh mendapat manfaat yang luar biasa ini daripada kehidupan tumbuh-tumbuhan semula jadi yang terdapat di sisi kami!
1) Menjadikan ia satu amalan sekali seminggu untuk membeli-belah supaya buah-buahan dan sayur-sayuran anda akan kekal segar.
2) Pastikan mereka mudah dicapai di kaunter anda sama ada disusun dengan baik pada mangkuk atau dalam bakul, atau rak atas peti sejuk anda.
3) Letakkan satu atau dua epal ke dalam kotak makan tengah hari anda.
4) Bagi kotak makan tengah harian kanak-kanak, ambil sedikit masa untuk menghiris buah-buahan untuk menjadikanya kepingan atau mengatur buah-buahan untuk menjadikannya satu gambar supaya ia kelihatan menyeronokkan dan menarik.
5) Hampir setiap hidangan makanan boleh memasukkan buah-buahan dan sayur-sayuran - dicincang halus untuk dijadikan topping, sebagai bahan, atau hiasan.
6) Untuk sarapan pagi, tambahkan bijirin anda dengan pisang, pic, epal atau beri
7) Selain daripada menjadikan sup sebagai makanan permulaan, bagaimana pula sebaliknya menimbangkan smoothie?
8) Hidangan utama boleh dihidangkan dengan buah-buahan hirisan seperti aprikot dan epal.
9) Daripada meminum bir sejuk atau segelas wain untuk merehatkan diri sehari dari kerja, anda boleh mengambil jus disebaliknya. Cuba ia sebagai mojito alternatif dengan menggabungkan timun dengan saderi, lemon, batang saderi, beberapa daun kale dan pudina segar.
10) Perlukan minuman atau ais krim sejuk untuk menempur panas? Anda boleh menimgankan untuk mengantikan hidangan gula dan kalori sarat ais krim dengan minuman buah-buahan buatan sendiri disebaliknya kerana buah-buahan adalah gula-gula alam semula jadi. Dengan hanya mencampurkan buah-buahan kegemaran anda seperti mangga atau strawberi, tuangkan sedikit campuran itu ke dalam acuan jeli dan masukkan mereka ke dalam peti sejuk untuk beberapa jam, anda boleh menikmati juadah berais yang sedap dan hebat!
11) Walaupun jus adalah yang baik jika terus diminum segar, anda masih boleh menyimpan kombinasi minuman sihat kegemaran anda di dalam termos untuk diminum apabila dalam perjalanan ke tempat kerja.
12) Potong buah-buahan ke dalam kiub saiz dan campurkan ia dengan pelbagai kacang tanpa garam dan biji sebagai snek yang mudah dimakan pada setiap masa.
13) Mewujudkan kombinasi yang menarik dengan mencampur dan memadankan buah-buahan anda, misalnya; epal rangup dengan anggur berair dan pisang berkrim.
14) Daripada himpunan makanan buah-buahan yang terdapat di Malaysia, saderi dan lobak merah adalah makanan snek yang membosankan. Akan tetapi anda boleh menambahkan sedikit keseronokan dan rasa sos sedap yang dicipta dengan apa lagi, jika bukan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang diperap dengan mustard atau madu! Atau mengisar sedikit lada dengan timun dan yogurt sebagai sos berkrim.
15) Semasa memasak, anda boleh meningkatkan resipi biasa anda dengan menggunakan buah-buahan campuran sebagai sos yang sihat atau sos asas.
16) Bagi jamuan - mengaturkan cubed mangga, tembikai, kiwi, anggur dan strawberi pada lidi buluh kecil sebagai pinggan hidangan untuk pembuka selera yang mudah atau pencuci mulut.
Ini adalah beberapa cara kreatif untuk menikmati makanan alam semula jadi yang akan membantu anda untuk mengekalkan pengambilan harian yang diperlukan daripada pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Akan tetapi jika anda masih berasa anda tidak mempunyai masa untuk membuat minuman buah-buahan segar anda sendiri di rumah, jangan risau. Apa yang anda perlu lakukan untuk menikmati jus yang dibuat segar atau smoothie adalah memesannya daripada mana-mana kiosk Juice Works (25 cawangan) yang terdapat di dalam 4 negeri di Malaysia dengan mudah.
"Sejak tahun 2004, kami telah berdedikasi untuk membawakan anda jus segar dan smoothies buatan tangan yang direka dimana setiap cawan menawarkan jumlah kebaikan semulajadi dan vitamin serta rasa lazat yang and tidak dapat bayangkan," kata Ling.
Untuk membuat ia lebih mudah untuk menyimpan dan membawa sekitar jus segar dengan selamat, Juice Works Malaysia telah melancarkan reka bentuk botol air baru untuk menyertai koleksi gelas popular mereka.
Botol air ini diperbuat daripada bahan mesra alam dan bahan kitar semula yang sejajar dengan fokus Juice Works. Ia boleh didapati di semua kiosk Juice Works sementara stok masih ada. Pelanggan layak mendapat diskaun 10%, dan ahli-ahli Juice Works mempunyai kelebihan untuk mendapat lebih diskaun, apabila mereka membawa botol air Juice Works mereka sendiri untuk pembelian. Gelas cantik dan tahan lama ini diperbuat daripada bahan mesra alam dan bahan-bahan kitar semula yang menjadikannya teman yang sempurna untuk menyimpan jus dan smoothie segar semasa anda berada di mana sahaja.
Juice Works Malaysia juga menawarkan lebih daripada 30 pilihan yang diketuai oleh pelbagai Jus Detox yang popular termasuk minuman yang direka dengan teliti untuk menyokong matlamat pemakanan, meningkatkan sistem imun, melegakan perut yang sakit atau membersihkan organ dalaman. Rangkaian Berry Lovers yang menggabungkan yogurt rendah lemak dan buah-buahan tenaga yang manyegarkan juga merupakan kegemaran pelangan-pelangan disamping Tropical Paradise yang menawarkan himpunan yang kaya dengan hidangan eksotik untuk kecerahan seperti buah naga, laici, nangka, mangga dan tembikai. Sama ada yang memerlukan makanan tambahan kesihatan, sokongan pemakanan, atau hanya keseronokan minuman segar sejuk pada hari yang cerah, Juice Works Malaysia menawarkan bahan-bahan semula jadi terbaik untuk mewujudkan minuman sempurna.
MENGENAI JUICE WORKS Malaysia
Juice Works Malaysia adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar di negara di mana mereka dipercayai oleh beribu-ribu pelanggan-pelangang setia untuk kraf yang mengunnakan ramuan bahan-bahan semulajadi yang terbaik.
Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah tidak lama ia dibuka, kisok tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan untuk menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.
Bermula daripada satu kiosk, Juice Works Malaysia telah berkembang sebagai syarikat pembekal jus buah-buahan dan smoothie segar premium di negara ini yang mengkhusus dalam menu hebat untuk lebih daripada 30 pilihan buatan tangan. Jenama ini terkenal dengan minuman sihat yang segar, dibuat selepas pesanan dan lazat menjamin pelangan akan kembali melawatnya lagi. Daripada eksekutif perniagaan yang sibuk kepada ibu bapa dan pengguna yang mementingkan kesihatan, Juice Works Malaysia mempunyai minuman yang sesuai dibuat segar untuk setiap keperluan individu.
Juice Works Malaysia kini boleh dijumpai di 25 lokasi di seluruh negara dengan banyak lagi akan di buka pada masa yang akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.
Everydayfoodilove.co/ angeline-ong-yoga.blogspot.com. Thank you for reading our posts. Our team media coverage touches mostly on lifestyle events and focuses on happening scenes in Kuala Lumpur and Kota Kinabalu. Invite us for food reviews, travel and hotel reviews, KL clubbing reviews and product launches. Our other interests include the movies, technology and photography. Subscribe to my facebook page. Contact us via my email at: angel_line78@hotmail.com or monicaong@hotmail.comy healthy drinks to go.
Comments